fbpx

Persiapan Bajet 2023 hampir selesai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (tengah) ketika merasmikan empat buah buku di majlis penutup Persidangan Antarabangsa AbdulHamid AbuSulayman: Sumbangan Intelektual dan Reformasi Pendidikan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia hari ini.

GOMBAK – Persiapan terakhir mengenai pembentangan Bajet 2023 yang dijadual dibentangkan pada petang Jumaat ini hampir selesai.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pihaknya kini dalam usaha menyiapkan bajet berkenaan.

“Saya perlu bergegas kembali ke pejabat, saya sedang mengusahakannya,” katanya ringkas.

Anwar yang juga Menteri Kewangan itu berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menutup Persidangan Antarabangsa AbdulHamid AbuSulayman: Sumbangan Intelektual dan Reformasi Pendidikan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, di sini hari ini.

Dalam majlis itu juga, Anwar turut melancarkan empat buah naskah buku yang berjudul ‘Bringing Higher Education to a Greater Height: A Festschrift in Honour of AbdulHamid AbdulSulayman’, ‘Sixty Years between East and West: Planning, Preseverance and Implementation’, ‘Bias in Popular Culture: The Power of Visual and Linguistic Narratives’ dan ‘Parent-Child Relations a Guide to Raising Children’.

Turut hadir, anak Allahyarham Prof.Emeritus Datuk Dr. AbdulHamid AbuSulayman, Muna AbuSulayman dan Rektor UIAM, Prof.Emeritus Tan Sri Dr. Dzulkifli Abdul Razak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI