fbpx

[VIDEO] Penyamun beg tangan di stesen minyak diburu polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang memaparkan kejadian samun tersebut di sebuah stesyen minyak, di Cheras, hari ini

PETALING JAYA – Polis sedang menyiasat video tular berhubung satu kejadian samun seorang wanita yang berlaku di sebuah stesen minyak di Cheras hari ini.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, pihaknya telah mengesan satu video berdurasi 14 saat di Facebook yang memaparkan kejadian samun berkawan kira-kira pukul 7.30 malam.

Di dalam video tersebut, kelihatan mangsa yang juga merupakan seorang warganegara tidak menyedari bahawa suspek sedang menunggu dirinya membuka kunci kenderaan.

Mangsa yang selesai mengisi minyak kenderaan kemudiannya membuka kunci kereta dan suspek dengan pantasnya menyamun beg tangan mangsa yang terletak di bahagian penumpang hadapan.

“Hasil semakan mendapati kejadian samun ini berlaku pada hari ini kira-kira pukul 9 pagi di mana suspek adalah dua lelaki bangsa tidak pasti.

“Salah seorang suspek telah membawa lari beg tangan mangsa yang diletakkan di tempat duduk penumpang bahagian hadapan kereta milik mangsa.

“Anggaran kerugian adalah sebanyak RM500 dan kes sedang disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI