fbpx

Parti politik Thailand dilarang guna TikTok siar ucapan kebencian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Parti-parti politik tidak dibenarkan untuk menggunakan TikTok untuk menyebarkan berita palsu dan ucapan kebencian serta berat sebelah. - Foto AFP

BANGKOK – Parti-parti politik di Thailand tidak dibenarkan menggunakan aplikasi TikTok bagi menyebarkan berita palsu, lapor laman berita The Nation Thailand semalam.

Chanida Klyphun iaitu Ketua Dasar Awam TikTok Thailand, memberitahu pemberita semalam bahawa TikTok adalah platform hiburan.

Justeru katanya, syarikat aplikasi tersebut melindungi para pengguna TikTok daripada ucapan kebencian dan berat sebelah yang dicetuskan oleh konflik politik.

Beliau menambah, syarikat itu telah menetapkan prosedur untuk menghalang parti politik daripada menggunakan platform tersebut untuk menyebarkan berita palsu, membina sokongan atau keuntungan daripada pengiklanan.

Bagaimanapun, katanya, jika kandungan itu dicipta oleh kelab peminat parti politik, TikTok tidak akan mengharamkannya kerana platform itu menghormati kebebasan bersuara.

Platform itu juga merancang untuk melancarkan ‘pusat pilihan raya’ sebulan sebelum kempen politik bermula. 

Ia akan membantu para pengguna mendapatkan maklumat yang boleh dipercayai tentang proses pengundian, calon dan topik lain yang berkaitan.

“Selepas pilihan raya di Malaysia dan Filipina, kami mengetahui bahawa orang ramai tidak mengetahui medium dan langkah ini. Jadi, kami berharap dapat meningkatkan kesedaran orang ramai menjelang pilihan raya Thailand,” kata Chanida. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI