fbpx

P. Pinang capai sasaran bina rumah mampu milik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jagdeep (dua dari kiri) ketika mengetuai lawatan ke tapak projek RMM C Ideal Residency di Bukit Gambir, Gelugor hari ini.

GEORGE TOWN – Kerajaan Negeri Pulau Pinang berjaya mencapai sasaran bagi pembinaan 142,647 unit rumah mampu milik atau 57 peratus daripada jumlah yang ditetapkan sebanyak 250,000 unit ketika ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Perancangan Bandar dan Desa negeri, Jagdeep Singh Deo berkata, ini membuktikan bahawa kerajaan negeri sangat komited dalam membantu rakyat khususnya berkaitan isu perumahan.

“Sebenarnya, sasaran asal yang ditetapkan adalah sebanyak 220,000 unit sahaja. Bagaimanapun, saya pohon (sasaran itu) dinaikkan kepada 250,000 dan sehingga kini, 57 peratus daripadanya telah tercapai (siap).

“Dalam hal ini, kita mesti selalu berusaha untuk mencabar diri kita. Saya juga nak minta kerajaan Pusat untuk bantu kita (Pulau Pinang) dari segi dana (berkaitan perumahan) yang disalurkan ketika ini,” katanya ketika sidang akhbar sempena lawatan tapak projek Rumah Mampu Milik (RMM) C Ideal Residency oleh Ideal Property Group di Bukit Gambir, Gelugor, di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang (LPNPP), Mohd. Fauzy Mohd. Yusoff memberitahu, sebanyak 95 peratus atau 1,188 daripada 1,218 unit RMM C Ideal Residency itu telah ditempah setakat ini.

Menurutnya, ini menunjukkan terdapat permintaan yang tinggi terhadap projek tersebut dan pihaknya akan berusaha untuk memastikan kesemua unit itu habis dijual. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI