PETALING JAYA – Tampil meminta maaf namun tetap dikecam orang ramai. Itu situasi yang terpaksa ditanggung pengguna TikTok, yang dikenali sebagai Cikgu Ayu akibat terlanjur dalam berkata-kata.
“Ramainya ibu bapa yang ada anak kecil terkesan. Saya mohon maaf kat semua yang terasa.
“Isu keluarga yang jeling tu bukan bujang ya tapi satu keluarga jeling. Ya, anak saya bukan jenis meragam yang kacau orang.
“Ada orang cakap saya tak cuba tenangkan, tak gilir dengan suami. Saya berulang kali bangun keluar tenangkan anak, orang boleh hakimi tapi tak nampak ‘struggle’ saya bagi baby diam.
“Baby setahun enam bulan kalau jegilkan mata pun dia tak faham. Kami tak tapau sebab ada satu je lagi makanan tak sampai sebab order tercicir. Akhirnya saya tinggalkan kedai makan dan tunggu dalam kereta,” tulisnya pada video.
Namun, penjelasannya itu bagaikan tidak berjaya membuatkan orang ramai yang terkesan dengan kenyataannya sebelum itu, berpuas hati.
“Saya rasa cikgu pun tau, orang ramai bukan pertikaikan isu anak bising kat kedai makan, tapi isu mulut cikgu tu,” ujar Azradanita.
“Orang bukan marah sebab budak tapi ayat cikgu tu lain kali boleh tapis dulu,” komen Dinda.
“Faham ke tidak, kami tak ada masalah pun anak meragam tu masalahnya cadangan awak suruh orang balik makan kat rumah tu yang cetuskan kecaman,” ujar seorang lagi pengguna.
Kosmo! sebelumnya melaporkan seorang pengguna TikTok dikecam teruk gara-gara menggesa pengunjung kedai makan yang tidak tahan dengan ‘bingit’ anak-anak kecil, supaya bungkus dan makan di rumah. – KOSMO! ONLINE