fbpx

Mahkamah: Pekerja hotel didakwa aniaya dua rakan sekerja wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA TERENGGANU – Seorang pekerja kontrak sebuah hotel dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan memperkosa dua rakan sekerjanya pada dua bulan lalu.

Tertuduh, Wan Tazilah Wan Harun, 61, membuat pengakuan tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nooriah Osman.

Berdasar pertuduhan pertama, tertuduh didakwa merogol mangsa berusia 18 tahun di sebuah hotel di sini pada pukul 6.30 petang dan 10 malam, 27 Disember lalu.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa mengulangi perbuatan sama ke atas seorang mangsa lain berusia 16 tahun di lokasi, masa dan tarikh sama.

Wan Tazilah didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

Mahkamah membenarkan tertuduh dibebaskan dengan wang jaminan RM30,000 dan menetapkan sebutan semula kes pada 21 Mac ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI