fbpx

Mahkamah: Mekanik terlibat kes ugut didakwa miliki sepucuk pistol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Khoidhir (tengah) dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Kota Bharu selepas didakwa atas pertuduhan memiliki sepucuk pistol hari ini. Foto oleh ROSALWANI CHE SOH/ KOSMO!

KOTA BHARU – Seorang mekanik didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memiliki sepucuk pistol kira-kira dua minggu lalu.

Tertuduh, Mohamad Khoidhir Mohamad Nor, 30, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Mohd. Zul Zakiqudin Zulkifli.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan menyalahi undang-undang memiliki sepucuk pistol jenis Colt’s Caliber Automatic yang dijumpai dalam sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Nissan Grand Livina.

Kesalahan itu dilakukan oleh Mohamad Khoidhir di depan sebuah rumah di Kampung Belukar Kubur, Labok dekat Machang kira-kira pukul 5.30 petang pada 9 Februari lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang memperuntukan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan sebatan tidak melebihi enam kali jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Abu Arsalna Zainal Abidin manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI