fbpx

Mahir bahasa isyarat, Alif Satar dilabel artis serba boleh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar Alif sedang berkomunikasi dengan peminatnya menggunakan bahasa isyarat.

PETALING JAYA – Penyanyi dan pengacara popular, Alif Satar sentiasa mengujakan para peminat dengan kebolehan yang dimiliki.

Bukan sekadar hebat bersukan, malah baru-baru ini dia dilihat mahir berbahasa isyarat ketika berkomunikasi dengan seorang peminatnya menerusi perkongsian Johnlemmonnn di TikTok.

“Alif Satar ni memang manusia lain daripada lain. Singer (penyanyi), komposer, pianist (pemain piano), businessman, ironman, and he’s fluent in sign language too (dan dia fasih dalam bahasa isyarat juga)!

“Dah bertahun aku kawan dengan dia baru tahu dia tahu bahasa isyarat!,” tulisnya pada video tersebut.

Orang ramai turut teruja dengan perkongsian tersebut, malah ada yang mengatakan bahawa ibu Alif merupakan guru pendidikan khas yang mengajar kemahiran tersebut di sebuah sekolah.

“Mak dia cikgu sekolah aku dulu, ajar bahasa dalam sign language, pasti anaknya pandai juga. Sekolah kami ada pelajar khas sign language,” kongsi Ameerulkhan.

“Mak Alif guru pendidikan khas untuk anak-anak bisu dan pekak. Adik beradik dia semua faham bahasa isyarat,” kata Nurfazera Abd Mulok pula.

“Dia artis yang berpelajaran sebab tu dia bagus sebab dia berdisiplin,” komen IamHafiz pula. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI