fbpx

Lelaki jadi penagih dadah kerana dianiaya, disangka kurang waras

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki kelainan mental minta Nadia menangkap gambar mereka berdua ketika bertemu.

PETALING JAYA – Seorang lelaki kelainan mental terjebak menjadi seorang penagih dadah dipercayai dianiayai oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Perkara berkenaan didedahkan oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Nadia Hazmi di laman Facebooknya semalam dan mendapat perhatian para pembaca serta mengundang sebak ramai orang.

Pada pandangan kaunselor di sebuah pusat pemulihan itu, bekas kliennya bukanlah orang kurang waras tetapi dia mungkin ‘ahli syurga’.

“Hujung minggu lalu, saya keluar seawal pagi bersama anak lelaki untuk menikmati indahnya alam dan bermain hujan. Saya berhenti membeli makanan di sebuah kedai runcit serbaneka dan ternampak seorang lelaki seperti kurang waras.

“Lelaki itu tersenyum lalu memanggil nama saya dengan gembira,” katanya.

“Puan! Puan ingat tak saya? Kurus la Puan sekarang. Dulu Puan mengandung sewaktu jaga saya,” ujar lelaki terbabit.

Menurut perkongsian Nadia, Norazlan merupakan seorang penganggur dan hanya tinggal di tangga kedai kerana rumah kedua ibu bapanya telah diambil orang lain setelah mereka meninggal dunia.

“Org tua semua dah meninggal, rumah orang lain sudah ambil. Sekarang tinggal kat bawah tangga kedai, tiada kerja tapi saya tak hisap dadah dah Puan.

“Saya dah mandi dan akan duduk di sini diam-diam. Nanti ada rezeki ada orang bagi makanan.

“Nak ambil gambar dengan Puan boleh tapi saya tiada telefon bimbit. Nanti Puan simpan gambar saya jadi Puan tidak lupa saya lagi,” ujarnya.

Dalam pada itu, Nadia sempat berpesan kepada lelaki terbabit supaya berusaha mencari kerja dan tidak mengganggu orang lain.

“Kegembiraan bila pernah membantu insan yang diuji dengan seikhlas hati, bila mampu mengukir senyuman di wajah insan istimewa. Nikmatnya lain.

“Walaupun rasa sedih namun terubat hati meskipun pengakhiran cerita tak semuanya sempurna.

“Kisah klein istimewa yang mungkin ahli syurga. Kadang-kadang insan sebegini lebih mengenang budi dan jasa dari yang lebih sempurna. Kita memang tidak selalu bertemu orang yang baik, tetapi tetaplah jadi baik untuk setiap orang yang kita temui,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI