fbpx

Kuota haji Malaysia mungkin dapat ditambah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zambry (kiri) ketika pertemuan dengan Putera Faisal di Kementerian Luar Arab Saudi di Riyadh, semalam. - IHSAN WISMA PUTRA

PUTRAJAYA – Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir membayangkan akan ada kebarangkalian besar kuota rasmi jemaah haji Malaysia dapat ditingkatkan pada musim ini.

Berita gembira itu dimaklumkan beliau menerusi satu kenyataan selepas hari kedua lawatan rasmi ke Arab Saudi bagi bertemu rakan sejawatnya iaitu Putera Faisal Farhan.

Pada sesi pertemuan berkenaan, beliau menyampaikan penghargaan kerajaan Malaysia atas keutamaan dan layanan istimewa diberikan Arab Saudi untuk urusan haji dan umrah.

“Insya-Allah, kuota (bilangan jemaah) kepada Malaysia tidak akan dipotong, malah ada kemungkinan besar akan (dapat) ditambah lagi.

“Pihak kerajaan Arab Saudi juga menyatakan bahawa mereka amat mengalu-alukan lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam masa terdekat,” katanya.

Pada 10 Januari lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar mengumumkan Malaysia mendapat balik kuota asal jemaah iaitu seramai 31,600 orang sama seperti musim haji 1441/2020 lepas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI