fbpx

KPDN bakal perkenal bazar Ramadan Rahmah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salahuddin (tengah) di Majlis Pelancaran Inisiatif Payung Rahmah dan Cabaran “Beli & Menang” RM1.1 juta di KK Super Mart, di sini, hari ini. FOTO FAIZ ALIF AHMAD ZUBIR/KOSMO!

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan mengadakan sesi libat urus bagi melaksanakan program bazar Ramadan Rahmah sempena bulan Ramadan ini.

Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, satu perbincangan tentang perkara itu akan diadakan dengan pihak pemain industri dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam masa terdekat.

“Kita dah kenal pasti beberapa lokasi strategik dan mungkin ia akan diperkenalkan dengan kadar sewa paling Rahmah.

“Rakyat berpeluang untuk berniaga di bulan Ramadan dan memperoleh pendapatan menjelang perayaan,” katanya ketika sidang selepas merasmikan Majlis Pelancaran Inisiatif Payung Rahmah dan Cabaran “Beli & Menang” RM1.1 juta di KK Super Mart, di sini, hari ini.

Salahuddin berkata, inisiatif Payung Rahmah di KK Super Mart itu bukti sokongan pihak pemain industri ke atas usaha kerajaan tersebut.

“KPDN sentiasa menyokong usaha warga industri dalam sektor peruncitan negara yang memberi ganjaran tambahan untuk dinikmati rakyat.

“Usaha pengurusan KK Supermart & Superstore Sdn. Bhd. ini secara tidak langsung juga menjadi galakan kepada rakyat untuk berbelanja dengan harga berpatutan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI