PETALING JAYA – “Kita semua menangis sekarang tapi adik Zarif tengah berlari-lari di taman syurga”
Demikian kata salah seorang pengguna Twitter apabila melihat video tular seorang kanak-kanak kecil bernama Zarif bersalaman dan berpelukan dengan semua jururawat yang merawatnya.
Menurut perkongsian video itu, Zarif difahamkan pernah mendapatkan rawatan di Wad 9C Unit Dialisis Hospital Tunku Azizah Kuala Lumpur dan berakhir pada 8 Mei 2020.
Katanya, keluarga memilih untuk membawa pulang Zarif setelah doktor memaklumkan bahawa mereka telah kehabisan pilihan perubatan untuk merawatnya.
“Kami bawa pulang dia ke rumah namun sembilan hari kemudian, dia ‘pulang’ menghadap Sang Pencipta.
“Ia tidak mudah buat kami dan mereka (pihak hospital) untuk mengucapkan selamat tinggal kepada wira cilik yang tidak didendang ini.
“Terima kasih kepada semua jururawat untuk kasih dan sayang kepada Zarif selama ini,” tulis ahli keluarga Zarif dalam hantaran video tersebut.
Sehubungan itu, perkongsian video berkenaan di Twitter telah mendapat tontonan lebih 570,000 beserta lambakan komen sebak para pengguna aplikasi terbabit.
“Dah berkolam pula mata nak masuk mesyuarat,” komen sherararaa.
“Memang sedih sangat, saya sebagai jururawat belakang tabir mesti tunjuk kuat depan budak-budak. Mereka tidak tahu apa-apa,” tulis gincumerah951.
“Semoga Allah kurniakan kekuatan, ketabhana pada semua yang pernah bersama anakanda ini. Sedihnya!.” ujar thisiisbiey. -KOSMO! ONLINE.