fbpx

Jual kereta kepada Rohingya berisiko terlibat jenayah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ORANG ramai diingatkan agar menukar hak milik kenderaan yang dijual bagi mengelakkan timbul isu berbangkit. – GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Penjual dan pembeli perlu menukar nama pemilikan kenderaan bagi mengelak berlaku sebarang tindakan undang-undang terhadap pemilik mahupun pembeli.

Isu berhubung penjualan kenderaan kepada warga asing tanpa penukaran hak milik sudah lama berlaku di dalam negara oleh segelintir pihak yang ingin me­ngaut keuntungan berlipat ganda.

Namun, segelintir mereka tidak peka bahawa penjualan kenderaan kepada warga asing tanpa penukaran hak milik adalah salah di sisi undang-undang serta merisikokan diri dan pengguna jalan raya lain.

Berita berkaitan: Ramai suka jual kereta lama pada Rohingya

Presiden Persekutuan Persa­tuan Syarikat Kereta dan Kredit Malaysia, Datuk Tony Khor Chong Boon berkata, hal itu boleh me­ngundang kejadian jenayah seperti pembuli jalanan, rompakan dan salah laku jalan raya yang tidak disedari oleh pemilik kenderaan itu sendiri.

“Tidak menukar nama hak milik kenderaan sememangnya salah di sisi undang-undang. Jika terdapat kesalahan jalan raya ia adalah kesalahan atas pemilik kenderaan bukan pihak yang membeli kenderaan itu.

“Ini akan menyebabkan pemilik kenderaan sendiri perlu menanggung risiko serta diburu pihak berkuasa jika didapati mempunyai rekod jenayah,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Katanya, pembeli juga harus mengikut saluran yang betul bagi membeli sebarang kenderaan untuk mengelak berlakunya tipu beli dalam penjualan kenderaan.

“Penjual juga jangan mengambil kesempatan terhadap warga asing ini. Ada antara mereka mempunyai dokumen sah dan boleh tukar hak milik, tetapi penjual lebih memilih untuk tidak menukar hak milik untuk dapat untung lebih tinggi,” tambahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI