fbpx

Gagal seludup ketum, Hilux terbabas masuk longkang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota tentera mengawal lokasi penahanan dua lelaki yang disyaki cuba menyeludup daun ketum ke Thailand di Kampung Kampung Sungai Kechil, Kuala Nerang hari ini. Foto oleh SHAHIR NOORDIN

KUALA NERANG – Cubaan dua lelaki untuk menyeludup sejumlah daun ketum ke negara jiran, Thailand menggunakan trak pikap gagal selepas ditahan di Kampung Sungai Kechil di sini hari ini.

Difahamkan, kenderaan jenis Toyota Hilux dinaiki penyeludup itu terbabas masuk ke dalam longkang di bahu jalan berhadapan rumah penduduk.

Mereka dipercayai dikejar pasukan keselamatan dari kawasan Durian Burung dekat sini.

Tinjauan di lokasi kejadian mendapati kenderaan tersebut berada di dalam longkang dengan sejumlah bungkusan daun ketum bertaburan di tepi jalan.

Terdahulu, terdapat beberapa video memaparkan dua lelaki diqpercayai penyeludup berjaya ditahan oleh anggota tentera.

Anggota tentera mengawal lokasi penahanan dua lelaki yang disyaki cuba menyeludup daun ketum ke Thailand di Kampung Kampung Sungai Kechil, Kuala Nerang hari ini. Foto SHAHIR NOORDIN

Difahamkan, daun ketum yang dibawa kumpulan penyeludup tersebut adalah berjumlah kira-kira satu tan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI