fbpx

EPL: Erik Ten Hag layak terima dana besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TEN HAG berjaya mengembalikan prestasi United ketika ini dan layak untuk menerima dana yang besar pada jendela perpindahan nanti. – AFP

MANCHESTER – Legenda Manchester United, Gary Nevile percaya bahawa Erik Ten Hag sudah melakukan pencapaian yang ‘keterlaluan’ bersama The Red Devils ketika ini dan menggesa pemilik baharu menyediakan dana besar untuk memastikan beliau memburu pemain yang diinginkan.

United ketika ini hanya ke­tinggalan lima mata di belakang pendahulu Liga Perdana Ing­geris, Arsenal selepas mencatat kemenangan 3-0 ke atas Leicester City kelmarin dan bakal ke pentas final Piala Liga Inggeris Ahad ini menentang Newcastle United.

Selepas era Alex Ferguson, United yang dibimbing beberapa pengurus ternama seperti Louis Van Gaal, Jose Mourinho dan Ole Gunnar Solskjaer terus gagal untuk meraih gelaran EPL untuk tempoh hampir sedekad.

Menurut Neville, kekuatan United ketika ini adalah disebabkan keberanian Ten Hag dalam membuat beberapa keputusan penting termasuk menyisihkan kapten, Harry Maguire serta pemain mahal yang dibeli, Jadon Sancho sebelum ini.

“Pengurus kali ini telah berjaya melakukan sesuatu yang berbeza kali ini. Beliau tidak memiliki skuad dan pemain yang baik berbanding pengurus sebelum ini.

“Saya fikir jika skuad kali ini diuruskan oleh Ralf Rangnick dengan pemain seperti Marcus Rashford, Wout Weghorst dan Alejandro Garnacho, saya fikir mereka dalam masalah yang besar.

“Sebahagian besar pemain yang bermain sejak beberapa musim lalu masih kekal bersama pasukan ini, tetapi pengurus telah berjaya membuatkan mereka dapat dilihat dari sisi yang berbeza.

“Saya fikir Ten Hag perlu diberikan sokongan yang padu dalam pasaran perpindahan untuk membolehkan Manchester United kembali ke tempat yang sepatutnya mereka berada.

“Mungkin boleh berikan beliau £300 juta (RM1.59 bilion) untuk pergi mendapatkan tiga atau empat pemain berkelas dunia kerana misi United pada setiap musim adalah mencabar kejuaraan dan bukannya melengkapkan jadual,” jelasnya.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI