fbpx

Dewan Rakyat: Pegawai kerajaan diminta datang awal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul menasihati pegawai-pegawai kerajaan yang bertugas di Dewan Rakyat supaya datang awal bagi mengelakkan kesesakan sewaktu memasuki bangunan Parlimen.

Malah, beliau turut meminta Ahli-Ahli Parlimen supaya mengingatkan pegawai-pegawai mereka untuk datang awal bagi menyelesaikan masalah terpaksa menunggu lama bagi pemeriksaan keselamatan.

“Nasihat saya ini diberikan kepada Ahli Parlimen, namun pegawai kerajaan datanglah awal, (kalau) tahu mereka bertugas. Yang Berhormat (YB) Bayan Baru mungkin datang 9.25 pagi, mintalah pegawai datang 8.15 pagi. Tak sesak, kalau itu dapat diselesaikan (masalah kesesakan).

“Masalah kedua adalah, kadangkala satu kereta itu ada empat orang. Pegawai keselamatan nak periksa setiap orang. Ini soal keselamatan, kalaulah dan minta dijauhi Tuhan, kalau ada orang nakal, satu dewan ini hilang kita semua. Kita memastikan keselamatan Ahli-Ahli Parlimen,” katanya.

Beliau berkata demikian menjawab isu dibangkitkan oleh Sim Tze Tzin (PH-Bayan Baru) yang memaklumkan pegawai-pegawai kerajaan terpaksa menunggu giliran sehingga 40 minit untuk memasuki bangunan Parlimen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI