PETALING JAYA – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil tindakan menyita empat gerai serta sebuah khemah perniagaan yang ditinggalkan selepas berniaga di tepi dan bahu jalan termasuk laluan pejalan kaki di sekitar Kuala Lumpur.
DBKL dalam kenyataan berkata, operasi Tindakan Khas Siri 8/2023 itu dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Penguatkuasaan dan Pejabat Cawangan Titiwangsa.
“Bagi siri kali ini, sejumlah tiga buah gerai beroda dan sebuah khemah telah dialihkan apabila pemantauan dan pemeriksaan mendapati ia masih ditinggalkan selepas aktiviti perniagaan tamat.
“Tindakan penguatkuasaan diambil sekitar Parlimen Titiwangsa dan Jalan Desa Pandan, Kuala Lumpur menerusi kesalahan dibawah Seksyen 46(1), Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974,” katanya hari ini.
Jelas DBKL, kesemua peralatan perniagaan yang di sita telah dipindahkan ke Stor Sitaan DBKL Jalan Lombong, Taman Miharja, Kuala Lumpur. – KOSMO! ONLINE