fbpx

Bapa urus 7 anak dipecat kerana datang lewat ke tempat kerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Byago Donat terpaksa mengemis selepas dia menjadi penganggur dan ditinggalkan isteri baru-baru ini. - Foto Tuko

KIGALI – Seorang bapa tunggal dari Rwanda, Byago Donat dipecat oleh majikannya selepas datang lewat ke tempat kerja kerana menjaga anak-anaknya, lapor laman berita Tuko.

Tukang gunting rambut profesional itu menjadi penganggur selepas dipecat oleh ketua yang tidak dapat memahami situasi sukarnya seperti yang dilaporkan Afrimax English.

“Saya ialah seorang bapa kepada tujuh anak. Saya mempunyai lima orang anak sebelum kami mendapat dua anak terakhir yang merupakan pasangan kembar. Kami mengharungi tempoh sebulan setengah di hospital dan saya pulang bersama isteri. 

“Kami hidup bersama dua setengah bulan lagi selepas itu sebelum dia (isteri) pergi,” kata Donat.

Tambah Donat, suatu hari ketika pulang dari tempat kerja, dia mendapati anak-anak kecilnya bersendirian tanpa dipantau isterinya. 

Dia menyangka isterinya akan kembali tetapi mendapati wanita berkenaan turut membawa wang dan pakaian.

Majikan Donat akhirnya memecatnya selepas dia datang lewat ke tempat kerja kerana perlu menguruskan anak-anaknya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI