fbpx

Asuma Beevi tawar diri tanding Ketua Wanita Kuala Langat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Asuma Beevi.

KUALA LANGAT – Bekas Setiausaha Pergerakan Puteri UMNO, Asuma Beevi Mohamed Sali menawarkan diri untuk bertanding jawatan Ketua Wanita UMNO Bahagian Kuala Langat, pada pemilihan peringkat bahagian tahun ini.

Menurut Asuma Beevi, pemilihan UMNO kali ini adalah medan terbaik memberi isyarat kepada rakyat bahawa pemerkasaan parti sedang berjalan di samping meraikan demokrasi sesama ahli parti.

Katanya, beliau berharap diberikan peluang membuat perubahan bagi menarik kembali keyakinan rakyat kepada UMNO.

“Saya melihat kegagalan kita pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bukanlah medan untuk mana-mana pihak menuding jari kepada pengundi muda semata-mata.

“Sebaliknya adalah mesej jelas dari pengundi bahawa rakyat mahukan rejuvenasi di dalam UMNO dan Barisan Nasional, ” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Jelas Asuma Beevi, beliau nekad bersama dalam proses pemerkasaan itu selepas mempunyai pengalaman bersama UMNO hampir dua dekad. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI