fbpx

Aplikasi gaya hidup sehenti pertama di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
APLIKASI SSA telah dimuat turun oleh satu juta pengguna.

BAYANGKAN betapa sempurnanya percutian bersama keluarga sekiranya dapat menikmati servis bertaraf empat bintang di Sunway Hotel, Petaling Jaya, Selangor.

Terutama sekali, setelah menghabiskan masa sepanjang hari menerokai keseronokan taman tema Sunway Lagoon yang terletak bersebelahan hotel berkenaan.

Bagi menambahkan lagi kesempurnaan tersebut, percutian diakhiri dengan aktiviti membeli-belah di Sunway Pyramid yang dilengkapi tempat luncur ais dan panggung wayang.

Kini, semuanya tidak mustahil dengan pelancaran aplikasi gaya hidup serba baharu iaitu Sunway Super App (SSA) yang memaparkan pelbagai promosi dan pakej-pakej menarik Sunway.

Dibangunkan dengan kerjasama rakan kongsi Sunway dan jenama tempatan, SSA menawarkan produk dan perkhidmatan pengguna daripada 13 cabang perniagaan Sunway.

Ia merangkumi Sunway Theme Parks, Sunway Malls, Sunway Property, Sunway Hotels & Resort serta Sunway Healthcare.

SSA yang merupakan aplikasi gaya hidup sehenti pertama di Malaysia memberikan akses kepada 1,500 rakan niaga Sunway dan peniaga runcit seperti Foodpanda, Grabmaid dan The Lorry.

Ketua Pegawai Informasi Kumpulan Sunway, Kevin Khoo berkata, aplikasi tersebut juga berfungsi sebagai dompet digital bagi kemudahan transaksi tanpa tunai dan pembayaran secara pantas untuk tempat letak kereta pintar di seluruh premis Sunway.

KEVIN (empat dari kiri) bersama Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching (lima dari kanan) sewaktu pelancaran SSA.

Katanya, pengguna akan mendapat tawaran eksklusif aplikasi serta program menarik dan ganjaran tanpa had.

Tambahnya, pengguna juga boleh menikmati manfaat program kesetiaan Sunway iaitu Sunway Pals dengan menebus mata ganjaran dalam aplikasi atau para peniaga yang mengambil bahagian.

“SSA dapat memudahkan pengunjung untuk melihat tawaran dan menggunakan semua perkhidmatan kami termasuk hotel, taman tema, pendidikan, hartanah, peruncitan dan perubatan.

“Mereka yang sudah memiliki aplikasi sedia ada Sunway hanya perlu kemas kini atau upgrade aplikasi mereka untuk mendapatkan keistimewaan ini,” katanya sambil mendedahkan SSA telah dimuat turun oleh satu juta pengguna.

Tambahnya, di dalam aplikasi itu juga terdapat pakej menarik di Night Park, Sunway Lagoon yang bakal menyaksikan penampilan budaya Barat dengan slogan, The Good, The Bad and The Wild.

Antara tarikan di Night Park adalah pertunjukan Spirit of Iosheka di pentas Lorad, aktiviti memerah susu lembu di kandang Farm Fresh, tunggangan Rodeo Bull di Bold & Wild Ride serta gelongsor air di Colorado Splash.

Menurut Kevin lagi, kelebihan tersebut bukan sahaja terhad pada taman tema di Kuala Lumpur, malah boleh dinikmati oleh pengunjung di Sunway Lost World of Tambun, Ipoh, Perak.

“Kehadiran Night Park membolehkan pengunjung menikmati suasana dan aktiviti berbeza bersama keluarga.

“Night Park di Sunway Lagoon lebih kepada budaya Amerika seperti Cow Boy dan Red Indian.

“Sementara di Lost World of Tambun terdapat kolam air panas, Petting Zoo By Night dan Ipoh Street.

“Jadi, banyak manfaat buat pengguna kerana mereka dapat akses semua kemudahan Sunway dalam satu aplikasi,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI