fbpx

Ahmad Zahid jumpa Shahrizat, Noraini, tiada isu rujuk Presiden UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid melakukan pertemuan bersama Shahrizat dan Noraini di kediaman mereka baru-baru ini.

PETALING JAYA – Dua ahli yang bertanding untuk jawatan Ketua Pergerakan Wanita UMNO melakukan pertemuan bersama Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini sekali gus menepis dakwaan terdapat calon yang merujuk kepada Presiden sempena pemilihan parti itu.

Menerusi hantaran yang dimuat naik Ahli Jawatankuasa Bahagian UMNO Wangsa Maju, Rafi Awang Kechik memaparkan beberapa gambar pertemuan Ahmad Zahid dengan kedua-dua calon iaitu Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil dan Datuk Seri Noraini Ahmad dipercayai berlangsung di kediaman mereka minggu lalu.

“Dua calon sudah pun bertemu dengan Presiden UMNO. Kedua-duanya Presiden berkunjung ke rumah masing-masing. Ke rumah Tan Sri Shahrizat dan juga ke rumah Datuk Seri Noraini.

“Jadi, tiada lah isu siapa-siapa rujuk Presiden untuk jawatan. Semuanya adil dan terserah kepada Wanita UMNO untuk memilih,” katanya hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan terdapat desas-desus mengatakan terdapat calon yang merujuk kepada Presiden UMNO bagi mendapatkan jawatan tertentu.

Terdahulu, wakil Shahrizat serta Naib Ketua Pegerakan Wanita UMNO, Datuk Norliza Abdul Rahim telah menghantar borang penyertaan untuk bertanding jawatan Ketua Pergerakan Wanita UMNO yang kini disandang Noraini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI