fbpx

6 negeri bubar DUN dua minggu terakhir Jun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin (tiga kanan) bersama rakan sejawatannya dari lima negeri lain, hari ini

SHAH ALAM – Pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) di enam negeri akan dilakukan dalam dua minggu terakhir Jun ini.

Ini meliputi Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Kedah dan Terengganu bagi membolehkan Pilihan Raya Negeri (PRN).

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kesepakatan itu dicapai menerusi pertemuan bersama Menteri Besar dan Ketua Menteri bagi lima negeri lain hari ini.

“Alhamdulillah kami berenam mengambil kesempatan minum petang di Kuala Lumpur sempena Mesyuarat Majlis Raja Raja yang bersidang dua hari ini.

“Secara ringkas kami mencapai kata sepakat untuk mempertimbangkan pembubaran DUN masing-masing dalam dua minggu terakhir Jun ini,” katanya menerusi laman Facebook rasminya, hari ini.

Amirudin turut menjelaskan persefahaman ini sudah pasti akan dimaklum serta dibincangkan di peringkat parti masing-masing sebelum dipersembah bagi tujuan perkenan Sultan, Yang Dipertuan Besar serta Tuan Yang Terutama Negeri masing-masing.

“Semoga persefahaman ini dapat mempermudahkan usaha rakyat untuk merayakan demokrasi kelak, InsyaAllah,” katanya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI