fbpx

Yus Crossfire hidup menderita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yus menunjukkan album baharu yang hampir siap dan akan dijual tidak lama lagi bagi menampung kos perubatan penyakit tumor yang dihadapinya ketika ditemui di Bandar Maharani, Muar baru-baru ini.

MUAR – Kehidupan gitaris kumpulan rock 90-an, Yus Crossfire kian terhimpit apabila masih bergelut dengan penyakit tumor, manakala isteri yang diharapkan selama ini mencari rezeki kini berdepan masalah kesihatan.

Lebih menyedihkan buat Yus atau nama sebenarnya, Yusri Razali, 54, apabila anak lela­kinya, Mohamad Nazirul, 28, yang menghidap penyakit sama pada 2015 meninggal dunia pada Jun tahun lalu.

Yus berkata, hidupnya mula diduga apabila disahkan menghidap penyakit Neurofibromatosis II atau tumor sekitar 2009.

“Saya jadi lemah semangat selain hilang keyakinan diri sebaik mendapat tahu penyakit itu.

“Tetapi, saya lebih sedih apabila arwah anak saya menghidap penyakit sama. Saya merasakan derita yang ditanggung bagaikan hilang seketika apabila Mohamad Nazirul dijemput Ilahi kerana saya tak sanggup melihat dia terseksa,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Jalan Bakar Batu, Bandar Maharani di sini baru-baru ini.

Menurut Yus, ketika hayat anaknya, dia terpaksa meletakkan jauh-jauh derita penyakitnya itu untuk menjadi gagah dan kuat kerana tidak rela melihat anak­nya sakit.

Tambahnya, dia sekali lagi diberi ‘tamparan’ hebat pada 2018 apabila isterinya, Waniza Wahab, 49, disahkan menghidap penyakit jantung tersumbat dan hepatitis B.

“Terasa dunia bagaikan gelap apabila isteri yang selama ini menjaga makan minum kami dan mengambil alih tanggungjawab mencari rezeki hanya mampu berehat demi menjaga kesihatan,” katanya.

Ujar Yus, tumor yang ada dalam kepala dan saraf tunjang membuatkan dia hilang fokus dan kerap mendengar bunyi bi­sing ekoran saraf telinganya terganggu.

“Saya rasa sakit dan sangat terganggu, namun lama-kelamaan saya belajar untuk bertahan,” katanya.

Menurut Yus, dia kini dibantu oleh dua anak gadisnya berusia 21 dan 25 tahun yang bekerja sebagai pembantu kedai.

“Saya hanya mengharapkan bantuan Baitulmal dan Jabatan Kebajikan Masyarakat selain pendapatan dua anak perem­puan untuk perbelanjaan ha­rian,” katanya.

Ujar Yus, kos perubatan di Johor Bahru dan Kuala Lumpur pula sangat tinggi hingga isteri­nya terpaksa membuat keputusan menangguhkan pembedahan pintasan jantung.

Orang ramai yang ingin me­nyumbang boleh menyalurkan bantuan ke nombor akaun CIMB Yus di 7623765739.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI