fbpx

Usung dua anak cari rezeki jadi tukang kasut jalanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mas Imran (kiri) menyantuni keluarga Muhammad Khairul (kanan) di Pasar Raya Econsave, Taman Desa Cemerlang, Johor Bahru hari ini. - Foto oleh RAJA JAAFAR ALI / KOSMO!

JOHOR BAHRU – Berat mata memandang berat lagi bahu memikul.

Itulah pepatah yang dapat menggambar jerih perih seorang bapa tunggal, Muhammad Khairul Nizam Mohd. Tamyis yang terpaksa mengusung dua anak lelakinya ketika mencari rezeki sebagai tukang kasut jalanan.

Muhammad Khairul Nizam, 24, berkata, dia tiada pilihan dan terpaksa membawa dua anaknya itu ketika bekerja sebagai tukang kasut di hadapan sebuah bank di Taman Johor Jaya, di sini sejak November tahun lalu.

Katanya, sepanjang tiga tahun bertapak di kawasan itu, dia sentiasa membawa anaknya bersama kerana tidak mampu untuk mengupah pengasuh atau menghantar ke pusat jagaan kanak-kanak selain tidak mahu menyusahkan kedua ibu bapanya.

“Beginilah nasib tukang kasut, pendapatan tak menentu, ada kalanya tidak ada pelanggan yang nak datang. Inilah kemahiran yang saya ada, dahulu ikut ayah menjadi tukang kasut di dalam pasar raya.

“Keadaan lebih mencabar apabila perlu menjaga anak dalam masa yang sama, lagi-lagi ketika anak kecil menangis dan perlukan susu. Maka, saya terpaksa ke kedai makanan berhampiran untuk menyediakan susu buatnya.

“Selepas tidurkan anak, barulah saya sambung kerja menjahit kasut pelanggan,” katanya ketika ditemui di Pasar Raya Econsave Desa Cemerlang, di sini hari ini.

Muhammad Khairul Nizam memberikan susu kepada anaknya ketika keluar mencari rezeki sebagai tukang kasut berhampiran sebuah bank di Taman Johor Jaya, Johor Bahru, Johor.

Terdahulu, tular satu rakaman video berdurasi 31 saat memaparkan seorang tukang kasut gigih mengurus termasuk mendodoikan anak-anak kecilnya sambil membaiki kasut.

Muhammad Khairul Nizam yang berpisah sejak Mac tahun lalu memberitahu, dia tidak lagi membawa keempat-empat anaknya sejak bulan November setelah dua anak perempuannya dijaga bekas isterinya di Bandar Baru Uda di sini sebelum pergi bekerja. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI