fbpx

UiTM bincang dengan 200 operator makanan perkenal Menu Rahmah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohammad Yusof Apdal (tiga kanan), Roziah (empat kanan) bersama pelajar UiTM yang memenangi pertandingan video pendek di Hospital Al-Sultan Abdullah, UiTM Puncak Alam, Kuala Selangor, hari ini.

SHAH ALAM – Universiti Teknologi Mara (UiTM) bakal melaksanakan Menu Rahmah untuk kemudahan para pelajarnya di semua kampus universiti itu dalam masa terdekat.

Naib Canselor UiTM, Profesor Datuk Dr. Roziah Mohd. Janor berkata, perbincangan akan dilakukan bersama lebih 200 operator makanannya selaras saranan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin agar universiti awam memperkenalkan menu tersebut.

“Sebelum ini pun, kerajaan ada memperkenalkan Menu Keluarga Malaysia dan ada operator kami yang menyertai insiatif ini. Namun tak ramai disebabkan mereka perlu jual makanan bagi menu itu lebih kurang RM3.50.

“Dengan kadar satu hidangan makanan RM5 bagi Menu Rahmah, saya rasa lebih ramai operator UiTM akan sertai inisiatif ini,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas majlis perasmian dan penutupan kempen kesedaran kesihatan mental dan penyakit jarang jumpa di Hospital Al-Sultan Abdullah, UiTM Puncak Alam, di sini, yang disempurnakan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mohammad Yusuf Apdal.

Dalam perkembangan sama, Roziah berkata, sebuah syarikat peruncitan ternama akan menyediakan Menu Rahmah kepada 5,000 pelajar UiTM yang terpilih. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI