fbpx

Replika senjata, kostum perarakan Pemuda Pas diambil polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis merampas replika senjata dan kostum digunakan Pemuda Pas Marang dalam perarakan Himpit pada Jumaat lalu untuk membantu siasatan.

KUALA TERENGGANU – Pemuda Pas Kawasan Marang mengakui terlibat dalam perarakan membawa replika senjata yang telah mencetuskan kontroversi pada program Himpunan Pemuda Islam Terengganu (Himpit) di Setiu, Jumaat lalu.

Ketua Pemuda Pas Marang, Yusuf Abdul Hadi berkata, beberapa ahlinya yang juga peserta perarakan berkenaan telah tampil untuk memberi keterangan bagi membantu kes tersebut di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu di sini.

“Semua peralatan, kostum dan replika yang digunakan dalam perarakan berkenaan telah diserahkan kepada pihak polis.

“Kami sedih replika dan kostum yang sepatutnya menjadi kebanggaan kita yang cintakan Islam telah dipolemikkan menjadi satu ketakutan dan kegusaran,” katanya di sini, hari ini.

Kosmo! Online semalam melaporkan Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md. Isa berkata, 12 individu telah diambil keterangan bagi membantu siasatan tersebut.

Terdahulu, gambar perarakan tersebut tular di media sosial sehinggu mencetuskan kebimbangan dan tidak puas hati dalam kalangan masyarakat kerana memiliki dan membawa senjata tajam walaupun palsu merupakan kesalahan jenayah.

Yusof berkata, pihaknya tidak pernah berniat mahu menimbulkan kegusaran atau provokasi apabila melakukan perarakan tersebut.

Sebaliknya, beliau menegaskan ia bertujuan memberi kesedaran kepada generasi muda tentang kehebatan syiar Islam dibawa Rasulullah dan para sahabat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI