fbpx

Rangkaian pulau peranginan Terengganu dibuka 1 Mac depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pulau Redang, Kuala Nerus antara pulau peranginan Terengganu yang dibenarkan beroperasi semula selepas berakhirnya musim tengkujuh pada 1 Mac depan.

KUALA TERENGGANU – Rangkaian pulau peranginan Terengganu yang ditutup selama empat bulan sejak November tahun lalu berikutan musim tengkujuh bakal memulakan semula operasi pada 1 Mac depan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital Terengganu, Ariffin Deraman berkata, pelancong dibenarkan kembali berkunjung ke pulau-pulau peranginan tersebut seperti Pulau Perhentian, Pulau Redang dan Pulau Kapas mulai Rabu minggu depan.

“Semua hotel, resort dan chalet yang beroperasi kini dalam persediaan akhir untuk menerima semula ketibaan pengunjung.

“Sebelum ini, kebanyakan pemain industri pelancongan itu terpaksa menutup operasi sepanjang monsun Timur Laut ekoran faktor cuaca dan keselamatan pengunjung,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu beliau ditemui pada sidang akhbar penganjuran Karnival Beautiful Terengganu Malaysia (KBTM) di Padang Astaka, Kemaman.

Ariffin berkata, KBTM yang bermula esok merupakan medan kepada pemain industri pelancongan tempatan termasuk di rangkaian pulau peranginan mempromosi produk mereka.

Jelas beliau, pakej percutian dengan kadar diskaun sehingga 50 peratus antara ditawarkan di KBTM. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI