KUANTAN – Pemuda berusia 19 tahun yang lemas ketika mandi di pesisir Pantai Teluk Cempedak, petang semalam ditemui kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, mayat mangsa Muhammad Ikhmal Hakim Ahmad, 19 ditemui terdampar di pantai berhampiran Tembeling Resort kira-kira pukul 2.59 petang.
“Mayat mangsa kemudiannya telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya di sini hari ini.
Semalam mangsa dilaporkan hilang ketika mandi bersama dua rakannya di Pantai Teluk Cempedak.
Usaha mencari mangsa dimulakan petang semalam sebelum disambung semula hari ini. – KOSMO! ONLINE