fbpx

Pemilik ‘galak’ ubah suai rumah, minta TM ubah kabel elektrik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar keadaan rumah pemilik yang dihalang kabel elektrik.

PETALING JAYA – Seorang pemilik rumah mendakwa wakil Telekom Malaysia Berhad (TM) meminta RM3,385 sebagai bayaran untuk pihaknya mengalihkan semula kabel elektrik yang terdapat di hadapan pintu pagar rumahnya.

Luahan tersebut dimuat naik menggunakan akaun Facebook, Adiza Oliver Twist yang memaklumkan sedang buntu kerana jumlah bayaran yang dikenakan terlalu tinggi.

“Apa nak buat kalau rumah korang (anda) kena macam ini? Dah hubungi wakil TM, mereka kata nak alih saya kena bayar RM3,385.

“Mana lah saya mampu, kalau RM1,000 itu boleh la juga. Dengan siapa saya nak mengadu?,” luahnya.

Jelas pengguna tersebut, lokasi rumahnya terletak di Lorong Jaya 9, Taman Jaya, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.

Walau bagaimanapun, perkongsian pengguna tersebut mendapat reaksi negatif daripada orang ramai yang rata-ratanya mengecam tindakan pemilik rumah membuat ubah suai secara keterlaluan sehingga menyusahkan orang lain.

Menurut Mustaqim Yusof, katanya lokasi tersebut merupakan tanah rizab dan tiang TM sudah lama dipasang di kawasan itu.

“Pembinaan rumah asal sepatutnya tidak terganggu dengan pemasangan tiang TM dan kabel elektrik yang sedia ada, tapi disebabkan pemilik dah buat ubah suai sampai ke depan, memang terhalang la,” tulisnya pada ruangan komen.

“Rasanya pagar asal rumah sebelah sahaja kan, dah ubah suai bukan main nak suruh utiliti ubah kan, bayar la kos yang diberi sebab kos itu memang tertakluk pengalihan utiliti, ingat utiliti buat kerja pakai air liur?,” perli Zaim Ihtisam.

Sementara itu, seorang pengguna lain, Hazim Naim Hairani memberitahu tindakan pemilik rumah membuat ubah suai tanpa kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) adalah satu kesalahan selain akan menimbulkan masalah pada masa akan datang.

“Yang kau pun pergi besarkan rumah sampai ke jalan, itu belum PBT atau pihak perumahan datang nak buat kerja pecah longkang, memang cari masalah,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI