fbpx

Parodi Doyoung usik abang sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DOYOUNG

ACARA Circle Music Awards ke-16 yang diadakan pada 18 Februari lalu digamatkan dengan keletah bersahaja anggota kumpulan NCT iaitu Doyoung sehingga mengundang geli hati ramai.

Sewaktu acara karpet merah, Doyoung membuat seisi dewan tertawa apabila melakukan parodi abangnya sendiri, Gong Myung.

Sebelum ini, Gong Myung pernah tular kerana terlanggar dinding gambar semasa menyapa petugas media di Baeksang Arts Awards.

Aksi lucu Doyoung yang bertindak selaku pengacara bersama Miyeon daripada kumpulan (G)IDLE mencuit hati penonton yang hadir.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI