fbpx

Mercedes tidak minat tiru Red Bull

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAMILTON percaya Mercedes akan tampil dengan pakej jentera yang lebih baik untuk menghadapi musim baharu nanti. – AFP

BRACKLEY – Pelumba Mercedes, Lewis Hamilton masih percaya bahawa pasukan itu akan mengekalkan prinsip mereka dan tidak akan sesekali meniru idea daripada mana-mana pasukan lain untuk kembali memburu gelaran musim baharu nanti.

Juara dunia tujuh kali itu gagal meraih sebarang kemenangan musim lalu dan ia buat kali pertama dalam kariernya ketika rakan sepasukannya, George Russell berjaya menjejakkan kaki ke podium dalam satu perlumbaan.

Kejayaan Max Verstappen dan Red Bull muncul juara dunia kategori pelumba dan pengeluar menyebabkan ada beberapa pendapat timbul yang mencadangkan Mercedes untuk meniru apa yang dilakukan pasukan itu terutama dalam menghasilkan jentera terbaik bagi merapatkan jurang.

“Saya tidak fikir kami adalah pasukan yang pernah atau akan meniru pasukan lain. Kami sentiasa memiliki cara dan idea tersendiri kerana pasukan ini memiliki individu-individu yang kreatif dan inovatif. Kami sudah berjaya membuktikannya sebelum ini,” jelasnya.

Dalam pada itu, Ketua Pasukan Mercedes, Toto Wolff meng­akui bahawa mereka dilanda banyak masalah terutama isu jentera yang tidak begitu sempurna musim lalu sehingga me­nyaksikan kegagalan yang hampir total dialami.

Namun, pada beberapa perlumbaan di hujung musim seakan memberi sinar apabila kembali menemui pelarasan terbaik dan berjaya memperbaiki beberapa aspek penting jentera untuk kembali kompetitif.

“Musim lalu sangat sukar, tapi kami banyak belajar. Saya harap musim 2023 kami bersedia untuk memahami segala masalah yang timbul dan meningkatkan kemampuan jentera,” ujarnya.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN