fbpx

Mangsa hilang Pantai Teluk Chempedak teruja jadi wali kakak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba melakukan operasi mencari dan menyelamat mangsa yang hilang ketika mandi di Pantai Teluk Chempedak di Kuantan.

KUANTAN – Mangsa yang hilang ketika mandi di Pantai Teluk Chempedak di sini, semalam begitu teruja untuk menjadi wali kepada kakaknya yang akan melangsungkan perkahwinan pada 26 Februari ini.

Kakak mangsa Saidatul Aina Ahmad, 23, berkata, adiknya Muhamad Ikhmal Hakim,19, merupakan satu-satunya anak lelaki yang layak menjadi wali selepas kematian bapanya.

Katanya, Muhammad Ikhmal Hakim telah beberapa kali membuat latihan untuk menjadi wali dengan menghafal lafaz akad dan nama penuhnya sebelum ini.

“Sejak dapat tahu dia akan jadi wali saya, dia teruja dan telah beberapa kali membuat latihan sama ada di rumah atau di tempat kerja.

“Ini kali pertama dia akan jadi wali selepas ayah meninggal pada 2012,” katanya di sini, hari ini.

Saidatul Aina bagaikan tidak percaya kejadian menimpa adiknya di Pantai Teluk Chempedak di Kuantan.

Semalam kegembiraan tiga sahabat mandi manda di Pantai Teluk Chempedak sempena meraikan temu duga bekerja di tempat baharu bertukar tragedi apabila salah seorang daripada mereka hilang selepas dipukul ombak.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.45 petang itu, difahamkan mangsa ditarik ombak kuat sebelum hilang manakala dua rakan mangsa berjaya menyelamatkan diri.

Ditanya mengenai sikap mangsa sebelum kejadian, Saidatul Aina berkata, tiada perkara pelik yang ditunjukkan adiknya itu sebelum ini, cuma sejak kebelakangan ini mangsa sering mengajaknya untuk ke pantai.

“Sejak tahun ini tidak tahu kenapa dia suka ajak pergi pantai. Katanya tenang sahaja bila pergi ke pantai.

“Baru-baru ini saya dan dia ada pergi ke Pantai Batu Hitam, tetapi kami tidak mandi, kami sekadar duduk tepi pantai dan makan sambil berborak,” katanya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd. Zahari Wan Busu berkata, operasi mencari dan menyelamat mangsa yang dimulakan petang semalam diteruskan lagi hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI