fbpx

Mahkamah: Jana Wibawa, pemimpin Bersatu Segambut didakwa rasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adam Radlan (tengah) semasa hadir di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini. - Foto oleh SADDAM YUSOF / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Segambut, Adam Radlan Adam Muhammad, didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah RM500,000 berkaitan projek Jana Wibawa.

Bagaimanapun, Adam Radlan, 42, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Suzana Hussain.

Mengikut pertuduhan pertama, Adam Radlan didakwa meminta suapan iaitu 3.5 hingga tujuh peratus daripada nilai projek yang akan diperoleh daripada pengarah urusan sebuah syarikat.

Ia sebagai dorongan untuk membantu syarikat itu mendapatkan Surat Setuju Terima bagi projek di bawah program Jana Wibawa daripada Kerajaan Malaysia.

Pertuduhan kedua, Adam Radlan didakwa menerima suapan RM500,000 menerusi akaun CIMB Bank Berhad miliknya daripada pengarah urusan syarikat sama sebagai upah membantu syarikat itu mendapatkan surat sama bagi Projek Membina Jalan Sungai Adam ke Kampung Banat, Perlis daripada Kerajaan Malaysia secara rundingan terus yang bernilai RM47.8 juta.

Kedua-kedua kesalahan itu dilakukan sebuah restoran di Dutamas dan CIMB Bank Berhad Cawangan Bukit Tunku, di sini, pada Mac dan 26 November 2021.

Bagi kedua-dua pertuduhan itu, pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 16 (a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (1) akta sama.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau denda RM10,000 atau mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Semasa prosiding, pendakwaan dikendalikan manakala Adam Radlan diwakili peguam bela Datuk Seri Rajan Navaratnam.

Tertuduh kemudian dibenarkan diikat jamin RM120,000 bagi kedua-dua pertuduhan dan menetapkan 23 Mac ini untuk sebutan semula kes. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI