fbpx

Lebih sayang Bella sebab kelakar, manja – Siti Bainun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Siti Bainun (tengah) semasa hadir di Mahkamah Sesyen hari ini. Foto oleh Sadam Yusof/Kosmo!

KUALA LUMPUR – Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun memberitahu dia lebih menyayangi Bella berbanding anak lain kerana remaja sindrom Down itu disifatkan manja dan kelakar.

Selain itu, wanita itu juga berkata tiada keperluan untuk mengambil remaja perempuan itu semata-mata untuk menderanya.

“Layanan saya kepada Bella adalah sama, mungkin lebih sayang kepada Bella berbanding yang lain sebab Bella ini kelakar dan manja. Dia suka menyanyi dan saya memang suka sakat dia kalau dia menyanyi seorang diri depan cermin. Saya juga bawa dia membeli-belah baju-baju sebab dia diberikan kepada saya dari JKM dalam keadaan sehelai sepinggang.

“Layanan saya sama sahaja semenjak saya mengambil Bella pada bulan Julai 2020. Tiada keperluan saya nak ambil Bella untuk simpan dan dera,” katanya.

Semasa prosiding, Siti Bainun juga turut memberitahu mahkamah dia tidak mendapat duit dan menjalankan pelbagai perniagaan untuk menampung hidup Bella dan anak- anaknya yang lain.

“Saya tidak pun dapat duit untuk menjaga Bella, saya tidak pernah kutip derma untuk menjaga Bella, saya tidak pernah mempamerkan muka Bella pun dekat mana-mana minta orang puji atau bantu saya dalam menguruskan Bella,” katanya sebak.

Tambahnya lagi, dalam prosiding sama, Siti Bainun juga menjelaskan Bella diikat hanya pada bahagian kaki supaya dia tidak merayau pada waktu malam.

Tambah Siti Bainun, dia memilih untuk pindah ke rumah kondominium bagi menyediakan hidup yang selesa serta melindungi mereka daripada sikap yang kurang sopan oleh penghuni Rumah Bonda.

“Saya buat kerana sayangkan mereka dan niat saya nak beri tempat yang lebih baik, saya pindah agar Bella selesa dan tidak terikut cara percakapan kasar sesetengah penghuni yang berlainan latar belakang,” ujarnya.

Perbicaraan di hadapan Hakim Izralizam Sanusi bersambung lagi esok. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI