fbpx

KPM, Bank Dunia kerjasama perkukuh bidang pendidikan negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadhlina memuat naik gambar menerusi akaun Facebooknya hari in

PETALING JAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) dan Bank Dunia melaksanakan kerjasama bagi memberi penekanan kepada dasar pendidikan, serta bidang lain yang berkaitan dengan pendidikan untuk diperbaiki dan diperkukuh.

Menterinya, Fadhlina Sidek dalam satu hantaran di Facbook berkata, kerajaan Malaysia telah bekerjasama rapat dengan Bank Dunia sejak penubuhan Hab Bank Dunia di Malaysia.

Katanya, berdasarkan pengalaman dan kepakaran Bank Dunia dalam sektor pendidikan di peringkat global, KPM bertuah mempunyai peluang untuk bekerjasama dengan Bank Dunia bagi menanda aras dan mempelajari amalan terbaik daripada sistem pendidikan negara lain yang boleh membawa KPM kepada dasar pendidikan yang lebih baik dan berkesan.

“Kami juga berharap dapat bekerjasama dengan Bank Dunia dalam meningkatkan pembinaan kapasiti di kalangan guru dan pegawai dalam bidang seperti kemahiran analisis.

“KPM percaya dengan rangkaian serantau dan antarabangsa, Bank Dunia mampu melibatkan pakar antarabangsa untuk menyokong dan melengkapkan guru dan pegawai pendidikan dengan kemahiran yang lebih maju dalam penyelidikan dan analisis data,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, KPM akan terus berusaha dalam menambah baik ekosistem sekolah di negara ini.

“Justeru, kementerian mengalu-alukan sokongan daripada Bank Dunia untuk membantu dalam mengatasi cabaran berkaitan penjanaan kerugian dan jurang pembelajaran di sekolah.

“Selain itu, kementerian juga meletakkan keutamaan dalam kesejahteraan guru dan kapasiti pedagogi pendidikan digital di sekolah,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI