fbpx

Hujan lebat, angin kencang di 6 buah negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan enam buah negeri sehingga pukul 9 malam ini.

MetMalaysia dalam satu hantaran berkata, amaran tersebut dikeluarkan bagi beberapa daerah di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Pahang dan Selangor.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di negeri Kedah melibatkan daerah Kuala Muda, Baling dan Kulim.

“Keadaan sama juga diramalkan berlaku di Pulau Pinang iaitu di Timur Laut, Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah,” katanya di sini hari ini.

Selain itu katanya, amaran ribut petir turut dikenakan di Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim, Perak.

“Hujan lebat berserta ribut petir turut diramalkan melanda Gua Musang, Kelantan serta Tanah Tinggi Cameron, Jerantut dan Maran di Pahang.

“Amaran tersebut juga dikeluarkan bagi negeri Selangor melibatkan daerah Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat,” jelasnya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI