fbpx

EPL: Sentuhan Rashford semakin tajam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RASHFORD meledak dua gol untuk membantu United menewaskan Leicester 3-0 pada aksi di Old Trafford kelmarin. – AFP

MANCHESTER – Penggempur sensasi Manchester United, Marcus Rashford memberikan mesej jelas kepada para pencabar mereka bahawa pasukan itu tidak akan memperlahankan rentak selepas mencatat kemenangan 3-0 ke atas Leicester City di Old Trafford kelmarin.

Dua gol yang diledaknya itu menyaksikan dia berjaya menja­ringkan lapan gol berturut-turut dan mengumpul keseluruhan 17 gol untuk aksi di Old Trafford setakat musim ini, hanya ketinggalan dua jaringan di belakang Wayne Rooney (19 gol) yang dilakukan ketika musim 2011/12.

Jaringan kedua yang dilakukan oleh penyerang berkenaan juga menyaksikan dia sudah mengumpul 24 gol dalam semua kejohanan musim ini dan 17 gol tersebut hadir dalam 18 perlawanan yang dilalui selepas kempen Piala Dunia 2022 di Qatar tahun lalu.

“Sudah tentu ia adalah pe­rasaan yang hebat apabila berjaya menjaringkan gol dan pasukan memenangi perlawanan. Saya tidak fikir kami bermain dengan baik pada babak per­tama, tetapi kami semakin me­ningkat di separuh masa kedua.

“Kami perlu melakukannya sejak awal permainan, namun apa yang positif adalah kami masih mampu menang walaupun tidak berada dalam keadaan terbaik. Sudah pasti masih banyak yang kami perlu pelajari dan tingkatkan,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Uni­ted, Erik Ten Hag memuji ke­tangkasan penjaga golnya, David De Gea yang menyelamatkan dua percubaan awal Leicester menerusi Kalechi Iheancho dan Harvey Barnes sekali gus memberikan inspirasi kemenangan pasukan itu.

“Kami bertuah kerana memiliki David De Gea menyebabkan gawang kami tidak bolos. Dia telah mempamerkan aksi menyelamat yang cukup baik ketika kami tidak begitu berdisiplin di bahagian pertahanan pada awal permainan.

“Rashford seperti biasa memberikan aksi yang tidak pernah kurang. Pasukan telah meletakkannya pada posisi yang betul untuk memudahkan kerjanya menjaringkan gol,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI