fbpx

Bunuh: Lelaki tidur bersama mayat rakan dihukum gantung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Azhud dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini setelah didapati bersalah membunuh mangsa lima tahun lalu. - Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA / KOSMO!

IPOH – Seorang lelaki yang tidur bersama mayat rakannya dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini setelah didapati bersalah membunuh mangsa lima tahun lalu.

Mohd. Azhud Ibrahim, 33, yang memakai seluar jeans dan ‘sweater’ berwarna hitam kelihatan tenang semasa hukuman terhadapnya dibacakan Hakim Datuk Abdul Wahab Mohamed.

Beliau membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Dalam penghakimannya, Abdul Wahab berkata, keterangan tertuduh yang menyatakan pergaduhan dia dan si mati berlaku sebelum lelaki terbabit makan makanan terakhir adalah bersifat ‘bare denial’ semata-mata.

“Tertuduh dalam keterangannya menyatakan dia tiada niat membunuh si mati, malah selepas pergaduhan, telah keluar membeli makanan dan minuman untuk lelaki itu.

“Menurut keterangan pakar patalogi, hasil bedah siasat mendapati perut si mati mengumpul makanan yang belum dihadam selain pemeriksaan luaran dan dalaman si mati, terdapat kecederaan dan luka di pipi, mulut dan leher.

“Daripada hasil pemeriksaan, boleh disimpulkan bahawa si mati makan terlebih dahulu sebelum pergaduhan berlaku.

“Ini kerana terdapat makanan yang belum dihadam dalam perut si mati selain keadaan kecederaan si mati yang tidak memungkinkan dia makan dalam keadaan mulut sebegitu,” ujar beliau.

Tambah beliau, dakwaan tertuduh yang dia memukul si mati untuk halang diri dipukul dan mempertahankan diri, namun daripada laporan tangkapan, tiada keterangan menunjukkan tertuduh mengalami kecederaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI