fbpx

Amerika bukan lagi negara tarikan jutawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR pemandangan bandar raya Manhattan yang menempatkan ramai jutawan Amerika Syarikat. -- AFP

NEW YORK – Amerika Syarikat (AS) bukan lagi negara tarikan untuk golongan kaya dunia seperti sebelum pandemik Covid-19, demikian menurut firma penghijrahan berpangkalan di London, Henley & Partners seperti laporan laman berita RT kelmarin.

Firma berkenaan dalam laporan yang bertajuk Wealth Report menyatakan, kemasukan individu berpendapatan tinggi ke AS menjunam lebih 80 peratus pada tahun lalu berbanding tahap semasa sebelum pandemik.

Angka itu menurun kepada cuma 1,500 jutawan dalam tahun 2022, berbanding sehingga 10,800 jutawan antara 2013 hingga 2019.

“Negara berkenaan (AS) hilang tarikan dalam kalangan jutawan ekspatriat, manakala ‘impian Amerika’ kini bergantung kepada mesin sokongan hayat,” kata laporan tersebut

Laporan sama menyebut bahawa negara asal jutawan ekspatriat juga telah berubah. Kalau sebelum ini majoriti jutawan memohon berpindah ke AS adalah dari negara-negara membangun yang mempunyai pasport lemah, kini sebahagian besar permohonan yang diterima adalah dari negara-negara maju.

Menurut penganalisis-penganalisis, golongan kaya merupakan penanda aras kesihatan sesebuah ekonomi berikutan keupayaan mereka berpindah-randah ke serata dunia dan penghijrahan menjadi isyarat amaran awal kepada trend masa depan negara terbabit.

Data Henley & Partners menunjukkan pada 2014, AS merekodkan kemasukan tertinggi individu yang memiliki kekayaan AS$1 juta (RM4.43 juta) atau lebih tinggi. Bagaimanapun, dalam tahun 2022, AS jatuh ke tangga keenam di belakang Emiriyah Arab Bersatu, Australia, Singapura, Kanada dan Switzerland.

“Jutawan masih berhijrah ke AS tetapi terdapat peningkatan besar jutawan yang meninggalkan negara itu,” kata Andrew Amoils selaku ketua penyelidik New World Health yang membantu menerbitkan laporan berkenaan.

Laporan sama menyebut bahawa lebih ramai individu kaya AS berpindah keluar negara.

“Sebilangan mereka berbuat demikian kerana bimbang tentang isu cukai dan keselamatan,” demikian menurut laporan itu.

Firma sama menyatakan bahawa bandar kecil di AS menjadi lebih popular kepada kelompok jutawan, manakala kota metropolitan mega seperti Chicago dan New York menyaksikan kebanjiran keluar mereka.

Di sebalik trend itu, AS kekal sebagai pasaran kekayaan terbesar bernilai AS$65 trilion (RM287.79 trilion) dengan sejumlah 770 bilionair, 9,630 individu dengan kekayaan AS$100 juta (RM442.75 juta) atau lebih tinggi dan 5.3 juta individu berpendapatan tinggi.

China berada di tempat kedua dengan kekayaan persendirian mencecah AS$21.7 trilion (RM96 trilion). – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI