fbpx

Amaran ribut petir di 9 negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di sembilan negeri petang ini.

MetMalaysia dalam satu hantaran berkata, amaran itu dikeluarkan berikutan hujan lebat dan ribut petir di beberapa daerah di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor sehingga pukul 6 petang ini.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di negeri Kedah di Kulim dan Bandar Baharu.

“Keadaan sama turut dijangka berlaku di Pulau Pinang melibatkan daerah Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu katanya, amaran itu juga dikeluarkan bagi negeri Perak melibatkan daerah Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Manjung, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.

“Hujan lebat dan ribut petir turut diramal melanda Kuala Krai, Kelantan serta beberapa daerah di Terengganu iaitu Besut, Setiu, Hulu Terengganu dan Dungun.

“Keadaan sama juga boleh berlaku di Tanah Tinggi Cameron, Jerantut, Bera, Pekan dan Rompin, Pahang,” katanya.

Selain itu, amaran tersebut juga dikenakan di Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Klang), Negeri Sembilan (Jempol) dan Johor (Segamat, Muar, Batu Pahat dan Mersing).

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI