fbpx

Al-Quran dalam longkang: 8 Individu diambil keterangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azmi pada sidang media di IPK Kuala Lumpur hari ini. Foto oleh ALWANI ZAFIRAH

KUALA LUMPUR – Polis selesai merakam keterangan daripada lapan individu berhubung penemuan 13 naskah al-Quran dalam sebuah beg biru di dalam longkang di Tasik Sri Murni, Jinjang baru-baru ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim memberitahu, siasatan lanjut masih diteruskan untuk mengesan dan menjejaki suspek yang bertanggungjawab melakukan perbuatan itu.

“Setakat ini kita berjaya merakam keterangan daripada lapan individu dan kes masih dalam siasatan antaranya pasukan penyiasat pergi ke masjid atau surau berdekatan untuk menentukan dalam siasatan sama ada naskah yang dibuang itu berasal daripada premis berkenaan.

“Mereka yang dirakam keterangan terdiri daripada saksi awam, individu yang merakam video tular itu dan semua individu yang ada dalam video berkenaan, selain pihak masjid yang simpan dan serahkan kitab suci itu untuk siasatan polis,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan KL Cops Night Ride di sini hari ini.

Katanya lagi, pihaknya dengan kerjasama Pusat Pengurusan Pengangkutan (ITIS) akan menyemak pergerakan mana-mana individu yang mungkin dapat membantu siasatan kes.

“Polis juga akan menghantar kesemua al-Quran yang telah diambil dari longkang itu ke Jabatan Kimia untuk dianalisa,” jelasnya.

Dalam pada itu, Azmi berkata, setakat ini tiada sebarang sebarang tangkapan dibuat, namun pihaknya sedang berusaha mengesan suspek yang masih bebas di luar.

“Saya juga berharap masyarakat memberi ruang dan peluang kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan lanjut dan tidak menimbulkan sebarang polimik dalam perjumpaan al-Quran ini,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI