fbpx

8 perniagaan Rohingya di Selayang diserbu lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota penguat kuasa DBKL dan MPS menjalankan serbuan ke atas perniagaan haram warga asing di sekitar Selayang

PETALING JAYA – Berniaga secara haram, sejumlah lapan perniagaan yang dijalankan oleh etnik Rohingya dan warga Myanmar di sekitar Selayang diserbu Jabatan Penguatkuasaan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Serbuan yang dijalankan dengan kerjasama Majlis Perbandaran Selayang (MPS) mendapati kesemua perniagaan itu dilakukan tanpa memiliki kebenaran selain meletakkan barangan perniagaan di atas jalan dan parkir kenderaan.

“Kita laksanakan tindakan penguatkuasaan terhadap aktiviti peniagaaan haram di sekitar Jalan Besar dan Jalan Selayang Baru, Pasar Harian Selayang awal pagi tadi.

“Menerusi pemeriksaan mengejut DBKL dan MPS pada pukul 2 pagi, sejumlah lapan aktiviti perniagaan etnik Rohingya dan warga Myanmar yang memegang Kad Pelarian ‘United Nations High Commissioner for Refugees’ (UNCHR) telah diambil tindakan sita dan diarah pindah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Salah seorang peniaga warga asing menunjukkan kad UNCHR.

Tambah kenyataan itu, tindakan penguatkuasaan DBKL telah diambil menerusi Undang-Undang Kecil Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016 dan Seksyen 46(1), Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.

“Kerjasama dan tindakan bersepadu melibatkan pegawai dan anggota penguatkuasa MPS akan terus dilaksanakan secara berkala bagi memastikan aktiviti perniagaan warga asing dapat dibanteras,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI