fbpx

Tiga nelayan haram Myanmar dicekup ‘lalok’ dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga nelayan itu yang ditahan di sekitar perairan Sekinchan, Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor.

SABAK BERNAM – Tiga nelayan warga Myanmar bukan saja menangkap ikan secara haram selama dua hari malah ‘lalok’ dadah di sekitar perairan Sekinchan, Sungai Besar di sini, kelmarin.

Kesemua lelaki terdiri daripada seorang tekong dan dua kru berusia 33 hingga 41 tahun itu dicekup pukul 10.40 pagi ketika berada di bot tersebut oleh Maritim Malaysia (APMM).

Pengarah Maritim Selangor, Kepten Maritim V. Siva Kumar berkata, hasil pemeriksaan awal mendapati tiga warga asing itu menjalankan aktiviti perikanan selama dua hari dan kesemua mereka dalam keadaan khayal.

“Pemeriksaan lanjut telah menemukan dua keratan penyedut minuman serta satu plastik jernih mengandungi bahan disyaki dadah jenis syabu seberat lima gram dan bong kaca yang diletakkan di tempat tidur tekong.

“Selain itu, ikan seberat 100 kilogram (kg) dan peralatan perikanan iaitu pukat tunda ditemui atas bot tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Siva menambah, kesemua lelaki yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri sah itu dibayar RM70 sehari untuk bekerja di bot berkenaan.

Ujar beliau, tiga lelaki bersama bot dan bahan terlarang itu dibawa ke jeti Pasukan Polis Marin Pulau Indah untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63,” katanya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI