fbpx

Tak lupa Malaysia, NCT Dream turun KL 20 Mei

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NCT DREAM

PETALING JAYA – Berita baik buat penggemar setia NCT Dream apabila kumpulan K-pop popular itu akan berkunjung ke negara ini bersempena jelajah dunia THE DREAM SHOW 2.

Kumpulan itu menambah tarikh dan lokasi baharu dalam jadual jelajah mereka dengan memilih Kuala Lumpur sebagai salah sebuah lokasi pilihan.

NCT Dream akan turun ke ibu kota pada 20 Mei depan, namun lokasi konsert kumpulan itu akan dimaklumkan kelak oleh penganjur, Star Planet.

Kumpulan yang dianggotai tujuh ahli itu memulakan konsert jelajah dunia mereka di Stadium Olympic Seoul pada 8 dan 9 September 2022 sebelum diteruskan di Nagoya, Yokohama dan Fukuoka, Jepun pada November hingga Disember tahun sama.

Menyambung jelajah dengan lebih banyak bandar di beberapa buah negara, NCT Dream meneruskan persembahan dengan menghiburkan peminat di Osaka pada 17 hingga 19 Februari lalu.

Tidak ketinggalan, kumpulan yang popular dengan deretan lagu hit Candy, Hello Future, Hot Sauce dan Dive Into You itu turut menjelajah ke London, Paris, Berlin, Newark, Chicago, Atlanta, Houston, Dallas, Los Angeles dan Seattle.

Turut menyenaraikan beberapa di negara Asia antaranya Manila, Singapura, Macau, Jakarta termasuk Kuala Lumpur menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 22 buah bandar sepanjang jelajah dunia NCT Dream.

Maklumat lanjut tentang NCT Dream: THE DREAM SHOW 2 – Kuala lumpur 2023 akan dimaklumkan kelak.

Bagi sebarang perkembangan terkini, boleh layari laman web www.starplanet.com.my. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI