fbpx

SPM 2022: Lapan calon di Pahang duduki peperiksaan di hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CALON SPM memasuki dewan peperiksaan di SMK Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad di Kuantan hari ini.

KUANTAN – Seramai 20,850 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menduduki peperiksaan bertulis di 263 pusat peperiksaan di negeri ini bermula hari ini.

Daripada jumlah itu seramai lapan calon menduduki peperiksaan di hospital kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Pengarah Jabatan Pendidikan negeri, Mohammad Rosli Abdul Rahman berkata, daripada 20,850 calon terbabit, 17,573 merupakan calon sekolah, 773 calon Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), 1,465 calon Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN), swasta (224 calon), persendirian (725 calon) dan 90 calon sekolah agama rakyat (SAR).

“Seramai 116 merupakan calon berkeperluan khas (CBK) yang membabitkan masalah pembelajaran (47), pendengaran (lapan), rabun (19), fizikal (40) dan masing-masing seorang calon masalah pelbagai dan pertuturan.

“Seramai 620 orang merupakan calon pelajar Orang Asli dari seluruh negeri ini,” katanya dalam sidang akhbar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad di sini hari ini.

Mohammad Rosli berkata, sebanyak 263 pusat peperiksaan terlibat di negeri ini iaitu 197 membabitkan sekolah, MRSM (enam), SMAN (18), sekolah swasta (empat), persendirian (34) dan SAR empat pusat peperiksaan.

“Untuk SPM bertulis kali ini, seramai 262 ketua pengawas terlibat, 75 penyelia kawasan, pengawas (1,244), pengawas hospital (15) dan pengawas simpanan (44),” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI