fbpx

SPM 2022: 27,119 calon di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Calon SPM Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Naim Lil Banat berdoa sebelum memasuki dewan peperiksaan hari ini. -Foto oleh KAMARUL BISMI KAMARUZZAMAN/ KOSMO!

KOTA BHARU – Seramai 27,119 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 di Kelantan menduduki peperiksaan itu bermula hari ini sehingga 15 Mac depan.

Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, Mohd. Zin Halim berkata, jumlah itu membabitkan calon sekolah di bawah Kementerian, Pendidikan, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Yayasan Islam Kelantan (YIK), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) , sekolah swasta dan persendirian.

Menurutnya, sebanyak 286 pusat peperiksaan disediakan di negeri ini kepada calon yang terlibat.

“Seramai 2,809 petugas peperiksaan telah dilantik bagi memastikan kelancaran pengurusan dan pengendalian peperiksaan.

“Selain itu, seramai 100 penyelia kawasan dan 861 pengemas bilik peperiksaan telah dilantik bagi memastikan pelajar dapat menjalani peperiksaan dengan selesa,” katanya pada sidang akhbar di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Naim Lil Banat di sini hari ini.

Sementara itu, seorang calon SPM, Fadhliyatul Insyirah Abdul Hadi ,18, berkata, dia akan melakukan yang terbaik selepas membuat persediaan rapi sejak tahun lalu.

“Paling penting adalah kekal tenang dan menjawab peperiksaan dengan sebaik mungkin.

“Insya-Allah, saya akan memanfaatkan setiap ilmu yang telah dipelajari di sekolah bagi memastikan sasaran keputusan 11A+ dapat dicapai,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI