fbpx

Sepanjang hari menunggu giliran di JPJ – Maszlee

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar hantaran Dr. Maszlee di media sosial.

PETALING JAYA – “Nampaknya sepanjang hari menunggu giliran di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Putrajaya hari ini”.

Bekas Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata demikian menerusi satu hantaran di akaun media sosial milik beliau hari ini.

Dalam hantaran itu, beliau memuat naik gambar kertas giliran bertulis ‘nombor anda 6103’ dan ‘nombor sekarang 6072’.

Beliau yang turut menyertakan emoji tertawa dalam hantaran tersebut berpandangan JPJ mungkin perlu melakukan semua urusan secara dalam talian

“Mungkin JPJ boleh mudahkan semua urusan untuk dilakukan secara atas talian sahaja termasuk bayaran,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI