fbpx

‘Sang bedal’ Tanjung Bidara cecah 200 kg

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan Perhilitan bersama ATM ketika membuat pemantauan di pesisir pantai Tanjung Bidara dan Kuala Linggi, Melaka, hari ini. Foto oleh MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI

ALOR GAJAH – ‘Sang bedal’ yang berkeliaran di pesisir Pantai Tanjung Bidara dan Kuala Linggi di sini dipercayai bersaiz sepanjang lebih dua meter dan berat hampir 200 kilogram (kg).

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Melaka, Mohd. Firrdhaus Mahmood berkata, orang ramai yang melihat kelibat buaya itu dinasihatkan agar tidak menghampiri atau melakukan provokasi terhadapnya.

Beliau berkata, buat masa ini pihaknya belum menerima laporan serangan reptilia ganas itu terhadap pelancong, penduduk atau nelayan.

‘Sang bedal’ yang dipercayai berkeliaran di pesisir Pantai Tanjung Bidara dan Kuala Linggi.

Katanya, bagi memastikan keselamatan masyarakat, Perhilitan bersama agensi lain seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) melaksanakan operasi dan pemantauan selama dua bulan bagi menangkap dan memindahkan buaya berkenaan.

“Belum ada serangan ke atas orang awam sebab kita pasti sumber makanan masih banyak. Sebagai langkah awal, kita akan pantau dahulu laluan buaya tersebut dan meletakkan dua sangkar, masing-masing di Kuala Linggi dan Tanjung Bidara.

“Lokasi sangkar akan diubah jika tiada tangkapan dalam tempoh dua minggu. Kaedah kita gunakan adalah dengan mengesan kesan tapak kaki serta habitatnya. Belum ada keperluan menggunakan sonar buat masa ini,” katanya kepada pemberita ketika operasi menangkap dan memindahkan buaya di sini, hari ini.

Sementara itu, mengenai populasi buaya di Melaka, Mohd. Firrdhaus berkata, Sungai Kuala Linggi merekodkan jumlah tertinggi dengan anggaran 260 ekor mendiaminya.

Menurutnya, data berkenaan diperoleh berdasarkan inventori hidupan liar tahunan Perhilitan dan spesis utama di sungai itu adalah buaya tembaga terdiri daripada pelbagai saiz. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI