fbpx

Russia hantar kapal angkasa penyelamat 24 Februari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video edaran NASA pada 15 Disember 2022 menunjukkan keadaan Soyuz MS-22 selepas bahan penyejuk kapal angkasa itu mula bocor. - AFP

MOSCOW – Russia akan menghantar sebuah kapal angkasa penyelamat untuk membawa pulang tiga angkasawan dari Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) pada 24 Februari ini, lapor laman berita Wion News kelmarin.

Angkasawan-angkasawan tersebut sepatutnya pulang ke Bumi pada Mac depan tetapi misi itu gagal dilakukan kerana kapal angkasa sama yang menghantar mereka ke ISS dipercayai terkena batuan angkasa kecil sehingga mengakibatkan kebocoran bahan penyejuk.  

“Pelancaran dijangka dilakukan pada 24 Februari,” kata jurucakap Agensi Angkasa Lepas Russia, Roscosmos kepada agensi berita AFP.

Pada September tahun lepas, kapal angkasa Soyuz MS-22 dilancarkan dari Kosmodrom Baikonur di Kazakhstan dengan membawa angkasawan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA), Frank Rubio di samping dua angkasawan Russia, Dmitry Petelin serta Sergei Prokopyev ke ISS. 

Pada Mac tahun ini, mereka sepatutnya kembali ke Bumi dalam kapal angkasa yang sama.

Bagaimanapun, pada pertengahan Disember lalu, bahan penyejuk kapal angkasa itu mula bocor selepas terkena apa yang disifatkan oleh pakar-pakar sebagai batuan kecil angkasa lepas. 

Sebuah kapal angkasa bekalan Russia di ISS, MS-21 turut menghadapi situasi serupa dengan MS-22 apabila ia juga mengalami kebocoran bahan penyejuk.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI