fbpx

Ruji dilantik Ketua Setiausaha KDN baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ruji (kiri) bertemu Saifuddin (kanan) sejurus memulakan tugas di KDN pagi tadi. - Foto/ IHSAN KDN

PUTRAJAYA – Datuk Ruji Ubi dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang baharu bermula hari ini.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menerusi kenyataan akhbar di sini tadi.

Saifuddin berkata, Ruji sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) dan Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) di Kementerian Pertahanan.

“Saya berharap beliau dapat menyumbang kepada prestasi KDN untuk sentiasa berada pada tahap yang terbaik, Insya-Allah. Selamat menjalankan tugas Datuk, banyak kerja yang menanti kita di hadapan,” katanya.

Pada masa sama, katanya, beliau turut merakamkan sekalung penghargaan dan terima kasih kepada bekas Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.

“Selepas ini, beliau akan berkhidmat sebagai Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri. Pengalaman dan ketokohan beliau, Insya-Allah akan memberi nilai tambah kepada jabatan yang diketuai nanti,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI